Monday, 13 April 2015

MALIHAH~~~

MALIHAH.... rasa nya ramai yang tengok drama MALIHAH (tv3) semalam kan??? siapa tak tengok memang rugi... mengisahkan seorang budak bernama MALIHAH yang pekak... kecacatan die bukan dari lahir tapi disebabkan infection yang telah serang di saraf telinga nya... saya menonton sehingga menitiskan air mata... sedih bila membayangkan bagaimana agaknya bila kita dalam situasi seperti itu... saya tak berapa kenal dengan para pelakonnya, tapi yang pasti Malihah dewasa ialah Nabila Huda... paling menyakitkan hati bila ayah si Malihah ni menduakan isterinya... itu lah lelaki bila diuji... bila ada kesusahan sanggup meninggalkan dan mengetepikan keluarga... lebih suka berfoya-foya di luar... menghabiskan duit pada perempuan lain sedangkan itu duit simpanan Malihah... sanggup melihat isteri nya bersusah payah menjual pisang goreng untuk menyara kehidupan mereka... tapi end of the day si ayah ni kena tipu, kena belasah dan macam biasa lah cite melayu insaf pada akhirnya... saya cuma membayangkan bagaimana keadaan nya bila saya berada di tempat ibu Malihah(lakonan Sherry Merlis)... kuat ke saya, tabah ke saya untuk menhadapinya... dengan anak yang cacat pendengaran, dengan kehadiran suami yang membebankan...suddenly anak pulak di culik...tak tahu dimana keberadaan nya... benarlah bahawa ALLAH akan menguji hamba Nya mengikut kemampuan hamba-hamba Nya... bagaimana untuk saya mempercayai kaum Adam sedangkan banyak kejadian seperti ini... SEORANG ISTERI AKAN DIUJI BILA DIDALAM KESUSAHAN , DAN SEORANG SUAMI AKAN DIUJI BILA DIDALAM KEMEWAHAN... saya bukan lah anti lelaki, tapi untuk memberi kepercayaan tu agak susah... banyak sangat pengajaran dan teladan dalam cerita Malihah ni... pengorbanan seorang insan bernama IBU... di penghujung cerita ni Malihah dah dewasa(Nabila Huda)  dan ibu dia meninggal... tinggal lah dia bersama ayah nya yang dah insaf tu... Gambar agak kabur... snap dari google je... siapa yang tak menonton,cubalah tengok di tonton ke... mungkin ada...




Salam Sayang,
Cinta

No comments:

Post a Comment