Friday, 10 April 2015

SELAMAT PAGI DUNIAWI~~~~

Selamat pagi DUNIAWI~~~ pagi2 buka je tirai melihat keindahan kebesaran ALLAH...angin pagi bertiup sepoi-sepoi bahasa menyentuhi pipi...tatkala teringat akan halaman kampung yang penuh kehijauan, rumpun-rumpun tumbuh menghijau, kedengaran ayam berkokok serta kehadiran embun pagi yang masih lagi terasa... SubhanaALLAH rindu ke halaman kampung... rindu dengan orang-orang nya... rindu apabila bangun sudah terhidang sarapan pagi di meja...rindu masakan bonda tercinta,bebelan nya kerana bangun lewat tak membantu bonda di dapur... maafkan saya bonda...terlajak tidur...mungkin suasana tidur di kota raya tidak senyenyak tidur di laman kelahiran sendiri... itulah aura seorang ibunda... saat berjauhan baru lah terasa kehangatan, kerinduan... semoga bonda baik-baik sahaja di sana... Pagi yang indah ni membuat kita lebih bersemangat,segar dan sentiasa positif... keluar je rumah terlihat berduyun-duyun kenderaan, ada yang bertayar empat, bertayar dua, bertayar lapan dan pelbagai lagi... semua nya kelihatan sibuk bergegas ke tempat kerja... tempat mencari rezeki untuk diri sendiri, anak-anak, keluarga....Sesungguhnya berniat laaa bahawa kerja kita adalah ibadah kita... semua nya kerana ALLAH S.W.T ... gambar ni tempat yang selalu saya beriadah... keindahan tasik ni sangat laa cantik walaupon di tengah bandar... ada yang datang memancing, berzumba , beriadah bersama keluarga, couple dan bermacam-macam kategori manusia laaa yang ada kat sini... macam saya sendiri always alone..hahaha... sudah semestinya berjogging laaa...setiap pagi dan petang saya akan habiskan masa disini... untuk weekends je laa... bersyukur ke hadrat ILLAHI sebab masih berpeluang menikmati keindahan ciptaan YANG MAHA ESA... menikmati lah selagi kita masih berpijak di bumi ALLAH... Salam Sayang, Cinta

No comments:

Post a Comment